Seorang pengacara Nepal telah mencipta rekod mengendalikan program
bual bicara televisyan yang paling lama di sunia, kata pihak penganjur
semalam.
Pengacara itu, Rabi Lamichhane yang berusia 36 tahun mengendalikan program tersebut selama 62 jam dan 12 minit.
Dia yang bekerja di Amerika Syarikat telah kembali ke sini untuk mengendalikan program televisyen itu, Lord Buddha Was Born in Nepal.
Lamichhane mencipta rekod Guinness World Records itu malam kelmarin."Kempen kami adalah untuk menyebarkan mesej kepada dunia bahawa Buddha dilahirkan di Nepal," kata Pengerusi News24, Anil Joshi kepada agensi berita AFP.
Menurutnya, program itu juga bertujuan untuk mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan di negara ini seperti Gunung Everest.
Seramai 100 orang tetamu termasuk beberapa selebriti televisyen menyertai program bual bicara itu.Kejayaan Lamichhane itu mengatasi rekod yang sebelum ini dipegang oleh Pavlo Kuzheyev dan Tetiana Danylenko.
Kedua-dua mereka mengendalikan program bagi meraikan ulang tahun
kemerdekaan yang ke-20 Ukraine pada 2011 dengan bersiaran selama 52 jam.
Menurut undang-undang Guinness World Records, Lamichhane dibenarkan hanya berehat selama lima minit untuk setiap jam ketika dia bertugas.
Pihak penganjur menyatakan, ada ketikanya, dia makan sambil
mewawancara tetamu selain minum air yang boleh memberikannya tenaga
untuk mengendalikan program tersebut.[kosmo]