“Kami sekeluarga trauma dengan kejadian itu dan terkejut apabila
lelaki berkenaan memberitahu terpaksa memecahkan rumah ini selepas
ternampak sepasang orang bunian.
“Saya tidak tahu dakwaannya benar ataupun tidak dan berserah sepenuhnya kepada Allah,” kata penyanyi, Asmawi Ani, 32, atau Mawi menceritakan semula kejadian pelik di rumahnya, dekat Bangi Golf Resort, jam 2.30 petang kelmarin apabila seorang buruh Indonesia secara tiba-tiba dirasuk dan mengamuk di rumahnya.
Bagaimanapun, selepas kepulangannya, dia diceritakan semula kejadian itu semalam oleh nenek, ibu mentua dan adik iparnya yang melalui detik-detik cemas bersama anaknya, Cahaya Malaika berusia setahun.
Katanya, sebelum kejadian, buruh berusia 40-an itu sedang bekerja di tapak pembinaan berhampiran dan berhenti seketika menjamah makanan.[metro]