ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 19 April 2013

Kanak-kanak tersepit kepala ketika main 'sorok-sorok'

Keseronokan seorang kanak-kanak bermain 'sorok-sorok' bersama rakan-rakannya berakhir insiden panik apabila kepalanya tersepit di celah bangunan di bandar Yulin, selatan China.


Ketika kejadian, mangsa dikatakan cuba keluar dari celah bangunan tersebut namun gagal hingga menyebabkan seorang daripada rakannya terpaksa menghubungi ibu bapa mereka.

Menurut laopran MailOnline pegawai polis tempatan berkata, anggota penyelamat mengambil masa tiga jam untuk mengeluarkan kanak-kanak  perempuan berumur 6 tahun.

"Kepala kanak-kanak itu melekat pada dinding. Kami terpaksa menggunakan minyak pelincir untuk membantu mangsa," katanya.[sinar]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...