Sebuah pemetik api yang berbentuk seperti bom tangan yang dibawa
oleh seorang penumpang telah mencetuskan kekecohan di Lapangan Terbang
Antarabangsa Miami di sini pada 18 April lalu.
Sebahagian daripada kawasan di lapangan terbang itu terpaksa ditutup
selepas beberapa pengawal keselamatan menyangka pemetik api yang dibawa
penumpang itu bom tangan.
Jurucakap lapangan terbang itu, Greg Chin berkata, siasatan selama dua jam dibuat berhubung kes pemetik api tersebut.
Bagaimanapun, seorang pegawai polis kemudian mengesahkan bahawa
pemetik api itu bukannya bom tangan selepas pemeriksaan dibuat dengan
teliti.[kosmo]