Syarikat pengeluar kereta Hyundai Motor di Korea Selatan semalam
diminta memohon maaf terhadap iklan yang mempromosikan pengeluaran
karbon tahap sifar apabila memaparkan seorang lelaki gagal membunuh
diri menggunakan tiub yang dilekatkan pada ekzos.
Kontroversi iklan itu adalah yang terbaru melanda syarikat pengeluar kereta itu.Hyundai
dianggap pengeluar kereta kelima terbesar di dunia dari segi jualan
apabila digabungkan dengan rakan sekutunya Kia Motors.
Syarikat Korea Selatan itu berusaha menghadkan kerosakan akibat iklan
itu ditarik balik. Ia dihasilkan firma pengiklanan Innocean Worldwide
Corp dengan 40 peratus sahamnya dimiliki Chung Sung-yi. anak perempuan
Pengerusi kumpulan Hyundai Motor, Chung Mong-koo.
Hyundai dan
Innocean berkata, mereka benar-benar meminta maaf atas sebarang
kesukaran dan ketidakselesaan akibat iklan itu yang disasarkan kepada
pelanggan Eropah mereka.[metro]