ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 28 Julai 2012

Tandas terbuka yang terbesar di dunia

Menteri Pembangunan Luar Bandar India, Jairam Ramesh mencadangkan projek bernilai AS$130 juta (RM411.35 juta) untuk membersihkan landasan kereta api di negaranya yang dianggapnya sebagai 'tandas terbuka' yang terbesar di dunia, menurut beberapa laporan semalam. 
Ramai penduduk India membuang air dalam kereta api.
Beliau menyatakan demikian pada satu mesyuarat di sini kelmarin bahawa terdapat 130 juta isi rumah yang tidak mempunyai kemudahan tandas.

"Ia merupakan sesuatu yang amat memalukan, dukacita dan marah," kata Ramesh seperti yang dilaporkan akhbar Times of India.

Menteri itu mencadangkan supaya sebanyak AS$28 juta (RM88.59 juta) diperuntukkan untuk menyediakan 100,000 tandas mesra alam di kampung-kampung di seluruh India.

Menurutnya, kereta api di India membawa 11 juta penumpang setiap hari.Justeru, katanya, landasan kereta api di negara ini merupakan tandas terbuka yang paling besar di dunia.[sumber]

*Cuak aku..mesti bau berak  landasan keretapi  india ni..kih kih kih

-Bila Tandas, kereta kecil dan skuter berlumba

-Tandas hotel berbentuk askar jepun

-Rekod baru Tandas paling laju didunia

-Mangkuk tandas pun ada sistem bunyi

-Bakal tandas tertinggi di dunia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...