Pembaca berita jelita terkenal Turki, Seda Selek, pengsan ketika siaran langsung berita harian stesen Kanal 24, semalam.
Dia pada awalnya kelihatan seperti tidak selesa ketika siaran berita itu apabila sering memandang ke bawah dan seperti panik.cuba ubah kedudukan.
Selek kemudian dilihat seperti cuba mengubah kedudukan kerusi sebelum tersungkur.
Seorang petugas berdekatan segera mendekati pembaca berita itu bagi memberi bantuan.
Bagaimanapun, doktor yang memberi rawatan mengesahkan tiada apa yang perlu dibimbangkan, menurut laporan.
“Doktor memberitahu bahawa tekanan darah saya terlalu rendah. Sekarang saya sudah kembali baik,” kata Seda selepas itu.
Rakannya dipetik sebagai berkata: “Seda sudah sihat. Dia cuma malu kerana pengsan disaksikan semua penonton di seluruh negara.”

Meskipun agak memalukan, pengalaman Seda boleh dikatakan tidak seteruk seorang lagi pengacara televisyen di Greece baru-baru ini.
Pengacara berkenaan memutuskan untuk membenarkan seorang penyokong neo-Nazi memberi pandangan dalam programnya.
Malangnya, program itu diserbu sekumpulan penunjuk perasaan yang membaling dadih dan telur ke arah mereka.
Pada masa sama, pengacara itu, Panagiotis Vourhas dipuji kerana tidak cuba menghentikan tindakan penunjuk perasaan berkenaan. Dia dilaporkan tidak memberi reaksi kepada ‘serangan’ itu sehingga satu minit sebelum ia disuraikan.[sumber]