Seorang ibu miskin di negara ini yang mengalami kecacatan ekoran 70 tumor atau ketumbuhan besar di wajahnya boleh tersenyum semula selepas sebuah hospital menjalankan pembedahan secara percuma.
Li Hongfang, 40, disisih oleh orang ramai selepas sejenis kanser tulang yang menyebabkan tisu tumbuh di bawah kulitnya, menjejaskan wajahnya hingga sukar dikenali.
Dia terpaksa menempuh keadaan itu yang dikenali sebagai kordoma selama hampir satu dekad kerana dia tidak mempunyai wang untuk pembedahan.
Namun, selepas penderitaannya mendapat simpati ramai di seluruh dunia hingga memalukan perkhidmatan kesihatan yang kurang baik di negara itu di mata dunia, sebuah hospital di Xi’an, ibu negeri wilayah Shaanxi di barat laut China, menawarkan pembedahan biasanya dengan kos 60,000 pound (RM296,745) secara percuma.
Hongfang, seorang petani dari Kampung Tianchao, Xianyang di wilayah Shaanxi, berkata, dia belum lagi melihat wajahnya di cermin.
Dia berkata: Saya rasa kepala saya lebih ringan dan saya pasti kelihatan lebih baik. Saya mahu menunggu hingga bengkak akibat pembedahan sudah surut.
Ia akan menjadi hadiah terbaik kepada saya,” katanya. Ketua pakar bedah, Guo Shuzhong berkata, pembedahan Hongfang berjalan lancar dan dia akan dibedah lagi bagi membuang tumor di tengkorak kepala, rongga hidung dan tekaknya.[sumber]
cm ne la dia hidup sblm ni
BalasPadam