ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 17 Julai 2012

20 doktor gagal kesan barah

Seorang ibu mendedahkan bagaimana 20 doktor menafikan anaknya menghidap barah dengan hanya menyifatkannya sebagai tanda lahir sehingga ia membesar seperti sebiji anggur.

Yvonne Bull, 32, berkata, dia diberitahu supaya tidak bimbang apabila anaknya, Isabel dilahirkan dengan tanda ungu pada bahagian kiri mukanya.

Tetapi si kecil itu terpaksa menjalani kemoterapi kerana tanda itu yang akhirnya disahkan ketumbuhan dan membesar dalam masa sebulan hingga menutup telinga kirinya.

Isabel yang sekarang berusia empat bulan, menjalani pemulihan setelah kehilangan telinga kiri berkenaan selepas doktor menjalankan pembedahan membuang ketumbuhan itu.

Yvonne, jururawat di Sturminster Marshall, Dorset berkata, doktor sebelum ini memberitahunya, tanda ungu itu yang asalnya bersaiz bola golf, hanyalah tanda lahir ‘strawberi.’ 

Apabila ia semakin membesar dan berdarah, Yvonne berulang kali membawa Isabel ke hospital tetapi doktor hanya memberi ubat untuk mengecutkan tanda lahir itu.

Selepas beberapa kali ulang- alik, Isabel akhirnya dirujuk ke Hospital Great Ormond Street di London dan ujian mendapati dia menghidap ketumbuhan sarkoma, sesuatu yang jarang berlaku.

Yvonne, ibu empat anak berkata, Isabel berdepan dengan masa depan yang tidak menentu kerana barah itu berkemungkinan kembali.[sumber]

*Cuak aku..kadang2 ada sesetengah doktor ni suka ambik mudah..

4 Pengkritik Yang Cuak:

  1. kesian budak kecik tu.. kdg2 doktor2 ni amik mudah je dgn penyakit2 yg kita alami.. bila dah teruk baru la nak bg rawatan..

    BalasPadam
  2. Iskhh!!kalo x benjol sebesa bola golf tu pon kate normal ke ,, kesian dekat baby yg x berdosa tu .. doktor pon keje sambil lewa ..x patut betul la ..

    BalasPadam
  3. doktor ni cek camana?nasib baik ada doktor dapat kesan. kalau tak lagi teruk jadinya

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...