ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 15 Julai 2012

Tetikus Labah-labah diperkenalkan

Satu lagi ciptaan terbaru mungkin menjauhkan pengguna komputer yang takut dengan serangga perosak apabila tetikusnya diisi labah-labah atau kumbang yang diawet.

Tetikus dijual pada harga AS$28 (RM89) mempunyai seekor labahlabah awet ditanam dalam akrilik lut sinar dan mengeluarkan cahaya menerusi sistem lampu LED.

Tetikus itu dipasang menerusi slot USB dan mempunyai warna yang sentiasa berubah-ubah di sekeliling serangga ketika keadaan gelap.

Tetikus yang dianggap unik dunia dipasarkan di kompleks muzium Smithsonian, Amerika Syarikat (AS) dan turut menjual tetikus diisi kumbang hijau yang diawet.

"Saya mahukan sesuatu alat yang boleh menakutkan rakan saya. Tetikus ini nampak menarik ditambah pula dengan perubahan warna lampu semasa dalam keadaan gelap dan memperlihatkan serangga yang di dalamnya seolah-olah masih hidup,"kata seorang pembeli.[sumber]

*Cuak aku..sapa yang pengeli jangan beli..kih kih kih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...