ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 18 Julai 2012

Video Mayat Gaddafi dipersenda

Rakaman video menjijikkan yang kelihatan menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dijadikan tempat untuk melepaskan geram muncul di Internet, semalam.

Dalam video yang dimuatnaikkan ke YouTube menunjukkan pemberontak yang marah terhadap bekas pemimpin itu menggunakan mayat diktator berkenaan seolah-olah sebagai anak patung untuk dipersenda. 

Rakaman itu disedari selepas seorang aktivis antikerajaan Syria mengaitkannya dalam Twitter bagi tujuan mengancam Presiden Bashar al-Assad. 

Video sepanjang seminit itu, yang kesahihannya tidak dapat disahkan, dipercayai dirakam pada 20 Oktober lalu, hari Gaddafi ditangkap dan dibunuh oleh tentera pemberontak.

Ia menunjukkan suasana sambutan yang kecoh sambil beberapa pemuda menjerit dan bersorak di sebelah van mengandungi mayat yang menyerupai Gaddafi.Mayat itu tidak berbaju dan dilitupi darah serta terkulai.

Seorang pemberontak dilihat menggerak-gerakan kepala mayat itu sambil bercakap dalam bahasa Arab, seolah-olah mengajuk bekas pemimpin Libya itu.

Beberapa lelaki lain dilihat merakamkan kejadian dengan telefon bimbit masing-masing.Mayat Gaddafi kemudian di bawa keluar dari van itu dan ditempatkan di atas tempat kelihatan seperti pengusung.

Selepas video itu dimuatnaikkan, aktivis antikerajaan Syria, Sami Al Hamwi menulis dalam Twitter mengenainya: “Seseorang perlu menghantar ini kepada Bashar.” 

Rakaman itu yang kemudian disiarkan oleh akhbar Huffington Post, adalah yang paling jelas setakat ini berhubung suasana yang menyelubungi kematian Gaddafi.[sumber]



*Cuak aku..Memang betul..“Seseorang perlu menghantar ini kepada Bashar.” 

2 Pengkritik Yang Cuak:

  1. nilah dinamakan hati manusia..walau sesama islam mereka tetap berhati iblis lebih kurang sama dengan binatang jugak.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...