ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 7 Julai 2012

Meningal selepas layan Obama

Seorang pemilik restoran yang melayan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang bersarapan pagi ketika mengadakan jelajah kempen di sini semalam, meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Josephine Harris, 70, pemilik restoran Ann's Place, dibawa ke hospital selepas mengadu letih dan rasa gelenyar.

Dia disahkan meninggal dunia kira-kira 11.18 pagi waktu tempatan (11 malam tadi waktu Malaysia).Obama bersarapan pagi di restoran itu kira-kira jam 8.30 pagi.

Pegawai pemeriksaan perubatan Summit County berkata, Harris meninggal dunia disebabkan punca semula jadi dan oleh itu bedah siasat tidak akan diadakan.

Difahamkan serangan jantung membawa kepada kematian warga emas itu.Dalam kenyataan media, Setiausaha Akhbar White House, Jay Carney berkata, Obama menghubungi anak perempuannya dari Air Force One untuk menyampaikan takziah kepada mendiang.

Akron Beacon Journal melaporkan bahawa Harris memeluk Obama apabila dia bertemu dengan Presiden AS di restorannya.

"Saya pasti beliau terharu," kata Frankie Adkins, kakaknya kepada Akron Beacon Journal."Dia sayang Obama,"[sumber]

*Cuak aku..susah obama nak menang lepas ni..kih kih kih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...