ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 20 Julai 2012

Gaji pemain bolasepak tertinggi di dunia

Zlatan Ibrahimovic melakar sejarah menjadi pemain bola sepak yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia apabila kelab mewah Perancis, Paris St. Germain (PSG) bersetuju untuk membayar gaji £220,000 (RM1,084,277) seminggu, musim depan.

Pemain berusia 30 tahun itu melengkapkan perpindahan berjumlah £18 juta (RM88 juta) dari AC Milan ke PSG.

Bagaimanapun, jumlah itu akan meningkat kepada £11.4 juta (RM56.19 juta) setahun sekiranya beliau berjaya mencapai sasaran kelab tersebut.

"Saya akhirnya di Paris. Impian saya untuk bermain bersama PSG menjadi realiti.

"Bagi saya, perpindahan ini merupakan satu langkah besar dalam karier saya, kerana bermain dengan PSG adalah perkara yang luar biasa.

"Jadi, saya gembira menjadi sebahagian bersama keluarga PSG. Dan saya berjanji akan memainkan peranan dalam menaikkan imej kelab ini nanti," kata Ibrahimovic.

Tambah Ibrahimovic, "memang benar bahawa saya tidak mengetahui tentang Liga Perancis tetapi saya yakin mampu beraksi dengan baik."

PSG yang dimiliki oleh jutawan Qatar, bersedia untuk memperkukuhkan skuad seperti usaha yang dilakukan oleh kelab mewah England, Manchester City, sekali gus memburu gelaran pertama Liga Perancis sejak kali pertama melakukannya pada tahun 1994.[sumber]

*Cuak aku..seminggu je 1 juta lebih..kalau sebulan dekat 5 juta gaji dia..wow..

2 Pengkritik Yang Cuak:

  1. satu lagi kelab pak arab.. peh lps ni kelab2 sume pak arab control

    BalasPadam
  2. Fuh!!..besarnya gaji seminggu je dapat 1 juta!!.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...