Seorang lelaki mendakwa anjing peliharaannya melahirkan seekor anak kucing awal minggu lalu.“Memang benar. Ia satu keajaiban. Selepas haiwan itu dilahirkan, saya tidak percaya apa yang saya lihat.
Ia kelihatan seperti kucing dan bunyi seperti kucing. Jadi bagaimana ia boleh jadi anak anjing,” kata Jeong Pyong-bong, 63 kepada akhbar Korea Herald ketika menunjukkan ibu anjing dan anak yang dilahirkannya.
“Orang ramai dari seluruh bandar datang ke rumah saya untuk melihat sendiri keajaiban itu selepas berita mengenainya tersebar. “Saya tahu bagaimana ini boleh terjadi. Anjing saya sering keluar malam.
Boleh dikatakan sepanjang malam ia berada di luar. Saya rasa ia mungkin melakukan sesuatu yang tidak senonoh dengan kucing jantan,” kata Pyong-bong.
Walaupun dia berkeras mempertahankan ‘keajaiban itu,’ pakar berkata, kelahiran seumpama itu tidak mungkin berlaku.
“Tidak mungkin seekor anjing melahirkan anak kucing,” kata Professor Son Chang-ho dari Kolej Sains Veterinar, Universiti Kebangsaan Chonnnam.
“Jumlah kromosom dalam anjing dan kucing berbeza sama sekali. Tetapi, jika ia anak anjing dan kelihatan seperti anak kucing, ia satu kemungkinan,” katanya.Ini bukan kali pertama kelahiran seumpama itu didakwa berlaku.
Dakwaan anjing melahirkan anak kucing pernah dibuat di China beberapa tahun lalu sementara di Brazil, kira-kira enam tahun lalu, terdapat laporan kononnya seekor kucing melahirkan dua anak anjing.[sumber]
*Cuak aku..biar betik..entah2 ada ibu kucing beranak jugak kot..kih kih kih