ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 26 Mei 2012

Video Perkahwinan ketika puting beliung

Sepasang kekasih meneruskan perkahwinan mereka selepas ribut puting beliung muncul tidak jauh dari tempat majlis berkenaan berlangsung di Daerah Harper , dekat sini, dalam negeri Kansas.

Klip video perkahwinan Caleb dan Candra Pence itu ditonton lebih 20,000 kali di YouTube.

Dirakam oleh bapa saudara pengantin lelaki, ia menunjukkan pasangan berkenaan dan tetamu mereka tidak mempedulikan kemunculan puting beliung sekitar 16 kilometer di belakang mereka.

Gambar perkahwinan mereka menunjukkan puting beliung kedua yang lebih kecil muncul di lokasi sama sejurus selepas mereka berkahwin.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS menyatakan, puting beliung itu mencapai kelajuan 222 kilometer sejam dengan beberapa ladang serta kincir angin musnah dalam bencana tersebut.

Namun, Caleb memberitahu, tumpuannya ketika itu adalah untuk mengahwini isterinya dan dia tidak mengendahkan tentang kehadiran ribut tersebut. Pasangan itu berkahwin pada 19 Mei lalu.[sumber]


8 Pengkritik Yang Cuak:

  1. wah untung rr....gamabar mahal ni beb....

    BalasPadam
  2. perrgghhh..susah nk dapat snap pic camtu..hahaha

    BalasPadam
  3. Dasat tu. Sanggup tanggung risiko la depa ni. Silap2 ari bulan baru nak say i do, dah kena terbang ngan puting beliung tu

    BalasPadam
  4. mat saleh ni, suka yg pelik2kan..cuak2 hehe

    BalasPadam
  5. wwahhhhhhhhhhhhhhhh

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...