Kerana bosan berdepan dengan kerja membina jalan raya yang tidak berkesudahan, seorang penduduk bertindak mengubah tanda jalan raya yang menunjukkan ‘orang sedang bekerja’ kepada yang menunjukkan seorang pekerja duduk sambil minum dan merokok.
Penduduk di bandar Melksham, Wiltshire, sudah beberapa bulan berdepan dengan kerja pembinaan jalan raya di sekeling bandar itu.
Penduduk yang mengubah tanda jalan raya itu berhasrat memberitahu kontraktor mengenai tanggapan penduduk tempatan terhadap mereka.
Anggota Majlis Perbandaran dari Parti Liberal Demokrat, Jon Hubbard berkata: “Banyak kerja pembinaan jalan raya dilakukan di Melksham ketika ini hingga menimbulkan kerumitan kepada penduduk.
“Tidak mengejutkan jika ada orang yang menukarkan tanda jalan itu kerana ia adalah masalah besar di bandar itu dengan kerja pembinaannya dilihat seolah-olah akan berterusan selama-lamanya.”[sumber]
*Cuak aku..perli makan dalam ni..tak paham2 jugak tak tau la..kih kih
muhahaha.. mcm2 juga org ne kn
BalasPadampergh.. seb bek lagu tu slow je cara perlinya..
BalasPadam