ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 15 Mei 2012

SMS sambil berjalan akan disaman

Pejalan kaki yang suka menggunakan khidmat mesej pesanan ringkas (SMS) perlu berhati-hati.Polis di bandar ini berkata, mereka akan mula menyaman sebanyak AS$85 (RM255) terhadap pejalan kaki yang ditangkap menaip mesej pesanan ringkas pada telefon bimbit masing-masing sambil berjalan.

“Ia satu gangguan besar. Pejalan kaki tidak melihat arah yang mereka tuju dan mereka tidak sedar,” kata Ketua Jabatan Polis Fort Lee, Thomas Ripoli.

Menurutnya, bandar berkenaan yang didiami hampir 35,000 penduduk, menyaksikan tiga kematian di kalangan pejalan kaki selepas mereka terbabit dalam kemalangan tahun ini.

Beliau berharap tindakan menyaman pejalan kaki yang berkelakuan membahayakan ketika berjalan akan menjadikan bandar itu lebih selamat.
Bagaimanapun, tidak semua orang bersetuju mengenai cadangan menyaman itu.“Ketika berjalan, saya tetap akan melihat sekeliling. Saya tidak melihat ke bawah sepanjang masa,” kata penduduk, Sue Choe.

Seorang wanita lain mengadu mengenai jumlah saman itu yang dianggapnya terlalu tinggi.Anggota polis menyerahkan risalah sepanjang kempen singkat Mac lalu sebelum bertindak secara agresif terhadap ‘pejalan kaki berbahaya.’ Setakat ini, 117 saman sudah dikeluarkan, menurut Rekod New Jersey.[sumber]

4 Pengkritik Yang Cuak:

  1. tp kalu d banding kn sms ms drive lg teruk

    BalasPadam
  2. buat lah kt malaysia jugak , especially yg drive n bwk moto

    BalasPadam
  3. kalo buat kat malaysia jwb nye cik eyla madah kene saman jer la hehe !

    BalasPadam
  4. kena berlari la bro. lari setempat

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...