ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 21 Mei 2012

Indonesia diberi jolokan 'Baby Smoker'

Jolokan negara 'Baby Smoker' yang diberikan kepada Indonesia, mungkin bukanlah suatu pencapaian yang boleh dibanggakan buat negara ini.

Namun, itulah realiti yang terpaksa dihadapi oleh Indonesia apabila digelar sedemikian rupa, hanya kerana jumlah perokok teramai di negara itu terdiri daripada golongan remaja dan kanak-kanak bawah umur.

Berdasarkan data terbaru yang diperolehi Suruhanjaya Perlindungan Anak, sebanyak 69 peratus remaja Indonesia merupakan perokok aktif yang tinggal dalam keluarga perokok.

Apa yang turut membimbangkan, sebanyak 89 juta kanak-kanak terdedah kepada bahaya asap rokok dan terancam kesihatan mereka.

"Ini jelas memalukan. Fakta ini harus kita terima kerana data jelas menunjukkan jumlah perokok terbesar di Indonesia terdiri daripada golongan remaja dan kanak-kanak bawah umur," kata ketua suruhanjaya itu, Aris Merdeka Sirait seperti dilaporkan media-media tempatan, hari ini.[sumber]

*Cuak aku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...