ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 17 Mei 2012

Derita budak berkaki raksasa

Seorang budak Uganda kini bertarung dengan maut selepas kakinya membengkak secara misteri sehingga terlampau besar.

Baru berusia 10 tahun, Vincent Oketch kini hanya mampu duduk atau berbaring di katil kerana saiz kakinya menghalang dia berjalan.

Keadaan itu juga memaksa Oketch mengenakan pakaian budak perempuan atau skirt bagi menyesuaikan saiz kakinya. Doktor di Peta merayu kepada pakar perubatan antarabangsa supaya membantu mengubati Oketch kerana mereka yakin, jika lambat dirawat, budak itu mungkin meninggal dunia.

Bapa Oketch, Tito Opoya, berkata keadaannya itu sangat mengecewakan kerana anaknya menjadi bahan cemuhan apabila berpakaian seperti budak perempuan.“Badannya kecil, tapi kakinya begitu besar dan sangat berat,” katanya.

Masalah Oketch mula dikesan keluarganya ketika dia berusia 18 bulan, tetapi kemiskinan memaksa mereka membiarkan keadaan itu begitu saja.Apabila Oketch semakin membesar, kakinya juga bertambah besar.

Doktor pula bingung mencari punca masalah Oketch.Sesetengah doktor percaya Oketch dilahirkan dengan masalah limfatik, menyebabkan kaki budak itu membengkak melampau.

Namun, keputusan pemeriksaan yang saling bercanggah serta masalah kemudahan perubatan yang terhad menyebabkan doktor tidak banyak pilihan untuk menyelesaikan masalah itu.

Menurut Dr Isaac Osire, dia percaya Oketch berdepan masalah jangkitan serius dan kaki itu mungkin terpaksa dipotong jika tidak mendapat rawatan segera.[sumber]

*Cuak aku..memang pelik..

8 Pengkritik Yang Cuak:

  1. perghh..bosar nya ..urmmphh ...eh ! blog lambat ? em ..sikit jela lambat nya ..tapi, ok jela kot ..

    BalasPadam
  2. dia kena penyakit untut ni..d sbb kn sejenis nyamuk

    BalasPadam
  3. keciannya..mesti ada masalah percanggahan laporan daripada doktor menyebabkan masalah lambat d kesan..

    BalasPadam
  4. kesiannya...aku rasa ni penyakit kaki gajah..susah nk sembuh ni..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...