ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 10 Mei 2012

Wanita lumpuh cipta sejarah maraton

Seorang wanita lumpuh, Claire Lomas menjadi manusia pertama menamatkan perlumbaan maraton dengan menggunakan sut bionik apabila tiba di garisan penamat di sini kelmarin, 16 hari selepas dia memulakan larian.

Lomas, 32, mengalirkan air mata kegembiraan ekoran berjaya menamatkan larian Maraton London sejauh 42.2 kilometer dengan bantuan sut bionik ReWalk.

Sut berkomputer berkenaan meniru tindak balas sendi manusia bagi membantu orang lumpuh bergerak.

"Pada mulanya, saya sangsi dapat menamatkan larian ini," kata Lomas yang lumpuh akibat terjatuh semasa menunggang kuda lima tahun lalu.

"Saya berusaha setiap hari dan setiap langkah membawa saya semakin hampir ke garisan penamat," tambahnya. Kehadiran suami dan anak perempuannya yang berusia 13 bulan, Maisie membakar semangat wanita itu untuk berjalan lebih dua kilometer sehari.

Dia yang bekerja sebagai pereka barangan kemas berjaya mengumpulkan sumbangan lebih £86,000 (RM426,034) untuk sebuah tabung amal bagi membiayai penyelidikan rawatan lumpuh akibat patah tulang belakang atau leher. Berharga sekitar £43,000, sut ReWalk direka oleh seorang usahawan Israel, Amit Goffer.[sumber]

*Cuak aku..

4 Pengkritik Yang Cuak:

  1. Semangat tu yang penting kan untuk berjaya kan..thumbs up untuk dia.

    BalasPadam
  2. teknologi ni kalau digunakan sebaiknya mmg byk manfaat..cayalah! lumpuh pun bleh marathon...sy yg sihat ni marathon masa skolah dlu je..hihi

    BalasPadam
  3. ni lah yg dikatakn nak seribu daya xnk seribu dalih.. kalau nk, walau camne pun kita, msti blh dpt kn..

    BalasPadam
  4. aiyooo..smgt tak luntur ..bagus wanita ini

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...