ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 11 Mei 2012

Nomophobia penyakit fobia tanpa telefon

Masyarakat zaman moden kini berdepan dengan sejenis penyakit baru yang dikenali sebagai nomophobia atau fobia tanpa telefon.
 
Dianggarkan lebih 66 peratus daripada penduduk Britain kini memilih untuk 'bersama' dengan telefon sepanjang masa dan tidak boleh berpisah dengan alat telekomuniskasi itu walaupun sekejap.

Antara tanda-tanda seseorang itu berdepan dengan masalah nomophobia adalah tidak boleh mematikan telefon, sentiasa memeriksa panggilan tidak dijawab, mesej pesanan ringkas (SMS) dan e-mel.

Mereka yang menghadapi masalah itu juga dikatakan kerap mengecas bateri dan tidak boleh meninggalkan telefon mereka walaupun untuk ke tandas.

Dalam tinjauan terbaru yang dijalankan oleh SecurEnvoy ke atas 1,000 responden di United Kingdom, sebanyak 66 peratus daripada penduduk negara ini menghadapai masalah tersebut.

Golongan muda berumur antara 18 hingga 24 tahun adalah kelompok yang paling ramai mengalami masalah itu apabila 77 peratus daripada mereka tidak boleh berpisah dengan telefon walaupun untuk beberapa minit.

Mereka yang berumur antara 25 hingga 34 tahun pula adalah golongan kedua tertinggi yang menghadapai masalah fobia tanpa telefon dengan jumlah 68 peratus.

Kajian itu turut mendedahkan purata orang Britain akan memeriksa telefon mereka 34 kali sehari dan 75 peratus pula menggunakan telefon di dalam tandas.

Pengasas bersama SecurEnvoy, Andy Kemshall berkata, kajian pertama mengenai nomophobia dilakukan empat tahun lalu dan didapati sebanyak 53 peratus daripada penduduk Britain menghadapi masalah itu.[sumber]

*Cuak aku...ramai yang tak nak mengaku ada penyakit ni kan..kih kih kih

4 Pengkritik Yang Cuak:

  1. naseb bek ary bukan macam tu..
    phewww~~

    BalasPadam
  2. Belum ke tahap Nomophobia lg, phone mati tak de bateri pun tak kisah, sampai kena marah tak charge ada la :)

    BalasPadam
  3. sy fobia law xde blog... tu mono ape lak? hehehe

    BalasPadam
  4. eca phobia kalau xde laptop.hahaha.

    klu phone,oke la,xde BF..xthu nak sms sapa....klu call parents dua hari sekali.hehehe :)

    so,phone xtrcari-cari la

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...