ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 22 Mei 2012

Awal ganti Dira jadi pengacara Melodi

Aktres dan pengacara, Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar kini secara rasmi mengundur diri sebagai pengacara program sensasi Melodi bersama Zizan Razak dan tempatnya digantikan oleh pengacara, Awal Ashaari bermula pada Jun ini.

Berita tersebut disahkan oleh pihak penerbitan Melodi menerusi e-mel yang dikirimkan kepada Kosmo! semalam. 

Menurut penerbit Melodi, Azman Abd. Ghafar, pemilihan Awal dibuat selepas perbincangan dan keserasian yang dapat dilihat antara Awal dan Zizan.

"Pertukaran muka hadapan Melodi adalah satu langkah strategik dan wajar dilakukan."Kami yakin bakat dan potensi yang ada pada Zizan dan Awal kerana mereka mampu mengendalikan rancangan dengan keunikan dan stail tersendiri," katanya.[sumber]

Comments

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
There are no comments posted yet. Be the first one!

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...