ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 18 Mei 2012

Shah Rukh bertengkar di stadium

Aktor terkenal, Shah Rukh Khan berdepan dengan siasatan polis dan larangan seumur hidup daripada memasuki sebuah stadium utama kriket di sini selepas dia bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan, kata beberapa pegawai.

Shah Rukh bertengkar dengan seorang pengawal itu di atas padang Stadium Wankhede di sini kelmarin.

Kejadian itu berlaku apabila Shah Rukh, 46, membawa beberapa remaja termasuk anak perempuannya, Suhana ke atas padang di stadium tersebut selepas satu perlawanan kriket.

Seorang jurugambar agensi berita AFP berkata, seorang pengawal keselamatan menghalang kumpulan remaja tersebut daripada bermain di atas padang.

Tindakan pengawal itu mencetuskan kemarahan Shah Rukh.Pelakon itu kemudian bertengkar dengan pengawal tersebut selama 10 hingga 15 minit.Dua lelaki dilihat campur tangan dalam pertengkaran itu.

Namun, Shah Rukh kemudian mengalah dan meninggalkan stadium tersebut."Beberapa pengawal keselamatan memintanya supaya dia beredar tetapi Shah Rukh yang memulakan pertengkaran," kata Setiausaha Persatuan Kriket Mumbai, Nitin Dalal.

Menurutnya, dia memasuki padang 30 minit selepas perlawanan berakhir."Beberapa pengawal memberitahunya bahawa dia memasuki padang pada masa yang tidak sesuai.

"Shah Rukh tidak berkelakuan baik dan menggunakan bahasa kesat," katanya.Dalal berkata, pihaknya telah memfailkan aduan kepada polis.Menurutnya, pelakon itu mungkin dilarang daripada memasuki stadium tersebut pada masa depan.[sumber]

*Cuak aku..hero mana boleh mengalah..kih kih kih

2 Pengkritik Yang Cuak:

  1. berlagak betul hero hinsdustan sorang ni haha.. suke2 die je nk bawak org masuk kat padang

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...