ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 12 Mei 2012

Pelawak jenakakan perhimpunan BERSIH

Ketika orang ramai cuba melupakan kepahitan insiden sekitar perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu, sekumpulan pelawak, antaranya Afdlin Shauki, cuba membuktikan bahawa ketawa masih ubat terbaik.

Jenaka berbentuk parodi itu bagaimanapun mungkin menimbulkan rasa tidak senang untuk segelintir orang.

Untuk itu, kumpulan yang menamakan diri mereka "Bangkang dari Longkang" mengingatkan:

"Komedi gelap ini dicipta oleh sekumpulan rakyat Malaysia untuk mengetawakan sekumpulan rakyat Malaysia.

"Ia menyentuh banyak perkara daripada situasi sehari-hari sehinggakan politik. Jika anda rasa video ini ditujukan kepada anda, jangan terasa beb!"

Menyiarkan di YouTube semalam, video pertama mengkritik sekumpulan gerakan NGO dan demonstrasi secara umum.

Ia melibatkan pelakon Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Johan (Raja Lawak) melakonkan situasi sekumpulan aktivis cuba menganjurkan demonstrasi tetapi gagal mencari tujuannya.

Ketika berbual tentang pemansuhan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diperjuangkan, seorang daripada mereka mencadangkan tuntutan pinjaman untuk motosikal dan kereta kawannya ditambah.[sumber]

*Cuak aku.. Sorry.. Afdlin, Harun, Johan. aku sudah tidak minat anda..bak kata pengomen kat malaysiakini "hangpa hanya hilang sorang peminat.... takpa... tak luak... punya...!!"

1 Pengkritik Yang Cuak:

  1. x cenonoh...lau org tu wt perkara seperti A, kite pn balas jugak seperti A... makne org tu ngn kite xde bezanye pn... so korang ber3 automatik dah jd seperti pembangkang yang korang benci sgt tu... malunye... dah Like pn page tu... hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...