ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 21 Mei 2012

Pengasas Facebook berkahwin

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Priscilla Chan, semalam dan menghebahkan mengenai majlis itu dalam laman sosialnya.
Mark Zuckerberg melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Priscilla Chan, semalam.
Perkahwinan jutawan berusia 28 tahun itu berlangsung sehari selepas Facebook mencipta sejarah membuat tawaran saham awam permulaan (IPO) di bursa saham Nasdaq.

Lebih 200,000 pengguna laman sosial tersebut menekan butang 'like' pada perubahan status Zuckerberg, yang turut memuat naik gambar perkahwinannya dalam satu majlis sederhana di kediamannya di Palo Alto, California.

Dalam gambar itu, Zuckerberg kelihatan memakai suit biru gelap dan bertali leher, manakala Chan, yang merupakan kekasihnya sejak menuntut di Universiti Harvard, memakai gaun putih dilapisi renda.[sumber]

*Cuak aku..kalau artis malaysia yang kawin..mengalahkan anak raja..kih kih kih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...