ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 15 Mei 2012

'Senaman punggung' depan rumah Ambiga

Sekumpulan bekas tentera pagi ini mengadakan satu senaman aneh di depan kediaman pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara.

Kumpulan 15 orang daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) itu melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" – dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga.

Kumpulan berkenaan diketuai presiden PVTM, Mohd Ali Baharom yang berkata mereka berhak mengadakan demonstrasi tersebut sebagai bantahan terhadap Ambiga.

Mohd Ali berkata, bantahan itu dibuat terhadap Ambiga yang disifatkannya sebagai "musuh negara yang cuba merosakkan nama negara" melalui perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu.

Katanya, senaman itu juga sebagai bantahan ke atas Ambiga yang dikaitkannya dengan gerakan seks bebas.

"Kami beri amaran keras kepada Ambiga supaya segera minta maaf kepada rakyat Malaysia berkenaan BERSIH dan seks bebas," katanya ebelum sesi senaman itu bermula pada jam 8.30 pagi.

Kumpulan itu kemudiannya disambut oleh Ambiga yang muncul di pintu pagar rumah tersebut dan menjemput mereka menjamah satu hidangan minuman ringan, apabila gimik tersebut berakhir kira-kira 15 minit kemudian.

Mohd Ali bagaimanapun menolak jemputan Ambiga dan menyerahkan salah satu sepanduk yang dibawa mereka kepada Ambiga.

"Kami orang Melayu orang Islam, kami minum air suam."Saya mahu hadiah (kad manila) sama awak, awak serah pada Anwar. Saya beri amaran supaya awak jangan buat lagi masalah kepada negara.

"Kami akan bertindak jika kamu merosakkan nama negara," kata Mohd Ali, yang juga dikenali dengan gelaran 'Ali Tinju', ketika berdepan dengan peguam itu.[sumber]

*Cuak aku..buat tindakan tak bermoral..lepas tu cakap "Kami orang Melayu orang Islam" 

9 Pengkritik Yang Cuak:

  1. macam-2 la ..haha .tapi macam best jugak :D

    BalasPadam
  2. nak mengaku orang islam..islam ada ajar ke tunjuk2 punggung macam tu..kata veteren tapi perangai macam budak2 sekolah rendah je ni,,..
    memalukan la pakcik2 oi,...

    BalasPadam
  3. Tindakan bodoh yang kebudak-budakan...

    BalasPadam
  4. MACAM MACAM HAL TAK HABIS2 LAGI..HURRMM

    BalasPadam
  5. Macam haprak.. Ini bukan cara islam..
    Tapi cara melayu.. Yang dah layu

    BalasPadam
  6. pas ni dapat gelaran baru la Ali Tinju............

    boleh panggil Ali Tonggeng la pulak..wakakakaka

    BalasPadam
  7. Macam haprak.. Ini bukan cara islam..
    Tapi cara melayu.. Yang dah layu

    BalasPadam
  8. kalu solat dhuha adalah juga faedahnya..ni memalukan bangsa...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...