ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 17 Mei 2012

Saya tidak bersalah - Rita

Meluahkan isi hati sehari selepas keputusan berkenaan kes cerainya, pelakon Rita Rudaini Mohamad@Mokhtar hari ini menegaskan, dia akan terus mempertahankan haknya sebagai seorang isteri selain meneruskan perjuangan demi masa depan anaknya.

Semalam, Mahkamah Rendah Syariah membenarkan permohonan pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak menarik balik hasrat untuk bercerai dengan Rita.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan Mohamad Aidil Zafuan berhubung penarikan permohonan cerai yang difailkannya pada 12 April lalu.

Pasangan itu berkahwin secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 dan dikurniakan cahaya mata Airit Rayyan Rizqin,4 dan Airit Rafqa Arjuna, 2.

“Saya tidak bersalah dan akan teruskan berjuang demi anak-anak. Semoga ALLAH melindungi kami yang teraniaya. Jangan menipu... ALLAh ada,” luah Rita dalam salah satu mesej Twitter hari ini.

Dia juga menyeru agar orang ramai menghentikan segala spekulasi dan andaian yang belum pasti kebenarannya berhubung masalah rumah tangganya.

“Tolonglah... jangan rasa terlalu seronok atas kesengsaraan orang dan menambah duka yang ada,” katanya yang menghantar siri mesej Twitter, termasuk menjawab soalan beberapa pengikutnya.

Rita juga berkata, dia telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik.Katanya lagi, dia telah laksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang baik kepada suami.“Saya tidak pernah mengaibkan suami saya”, tambah beliau lagi.[sumber]

1 Pengkritik Yang Cuak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...