ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 11 Mei 2012

Pengajaran untuk pemandu bahaya

Seorang pemuda yang sering memandu keretanya secara berbahaya berazam menukar cara hidupnya selepas mendapati kenderaan yang sering digunakan, tiba-tiba berada di atas pokok.

Zbigniew Filo mengalami kejutan sebaik terjaga dari tidurnya kelmarin apabila melihat kereta Ford Escort miliknya berada di atas pokok berhampiran.

Walaupun sering memandu laju dan berbahaya, Filo, 24, tidak memiliki lesen sah.

Sementara itu, penduduk perkampungan Lubczyna di daerah Goleniow, bersepakat enggan mendedahkan siapa dalang yang bertanggungjawab di sebalik insiden itu.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka mengaku, ada individu tertentu meminjam kren milikinya beberapa hari lalu.
Seorang penduduk Lubczyna berkata, sesiapa juga yang meletakkan Ford Escort Filo itu ke atas pokok mempunyai niat baik.“Pemuda itu pemandu berbahaya dan dia mungkin membunuh seseorang jika tidak dihentikan,” katanya.

Lelaki terbabit berkata, Filo pasti berfikir dua kali jika bercadang mengulangi tabiatnya memandu berbahaya selepas ini.“Selain itu, tiada siapa tahu kereta pemandu liar mana pula yang bakal menjadi sasaran selepas ini,” katanya.

Polis pula berkata, mereka dihubungi Filo bagi mengadu masalah mengenai keretanya.Namun, jurucakap polis berkata, mereka meminta Filo menurunkan sendiri kereta itu.

“Filo kemudian berjanji untuk mengubah sikapnya, tetapi dia menganggap tindakan penduduk perkampungan itu keterlaluan,” katanya.[sumber]
 
*Cuak aku..di malaysia mungkin banyak motosikal diletakkan atas pokok kelapa..kala nak merempit kau turunkan la sendiri..kih kih kih

7 Pengkritik Yang Cuak:

  1. ahah ...cuak je kan ...haha ..
    btw..terima kasih sesangat letak blog saya dalam snrai bloglist bro .. :D

    BalasPadam
  2. Definitely Ron Weasley~

    BalasPadam
  3. la dah mcm dkt singapore tuy :D

    BalasPadam
  4. tetiba tingat cite seniman bujang lapok hahahahah

    BalasPadam
  5. kalo kat mesia buat mcm ni, mau kena saman t org yg letak kete atas pokok ni.huhu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...