ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 14 Mei 2012

Mayat hidup semula

Keadaan sedih di upacara pengebumian bertukar gembira apabila ‘mayat’ yang hendak dikebumikan tiba-tiba bangun.

Hamdi Hafez al-Nubi, 28, pelayan restoran dari Naga al-Simmanm, diisytiharkan mati selepas mengalami serangan jantung di tempat kerja.

Ketika persediaan untuk mengebumikannya dilakukan, doktor yang dihantar untuk menandatangani surat kematiannya mendapati tubuhnya masih hangat.

Keluarga Hamdi yakin dia sudah mati, malah sudah pun memandikan ‘mayatnya’ dan bersedia untuk dikebumikan. 

Apabila mendapati tubuh Hamdi masih hangat, doktor membuat pemeriksaan dan mendapati dia masih bernafas.

Keluarga Hamdi tidak membatalkan upacara pengebumian tetapi sebaliknya mengadakan kenduri meraikan ‘kebangkitannya’ semula.[sumber]
 
*Cuak aku..belum sampai ajal lagi..

4 Pengkritik Yang Cuak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...