ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 20 Mei 2012

Lelaki pemakan bangkai

Seorang pesara kerajaan di Britain, Arthur Boyt, 74, menganggap bangkai seperti itu merupakan hidangan paling enak untuk dimakan dan ia percuma.

Selera pelik lelaki dari Cornwall, England itu bermula sejak lebih 60 tahun dahulu.“Semasa berumur 13 tahun, saya terjumpa burung kuang yang mati dilanggar kereta di tepi jalan.

“Saya terus membawanya pulang dan meminta ibu memasaknya. Rasanya sungguh lazat,” cerita Boyt.Lelaki kulit putih itu mengaku dirinya seorang pencinta haiwan tetapi kandungan peti sejuknya membuatkan dakwaan itu boleh dipersoalkan.

Ini kerana peti sejuknya yang bersaiz besar dipenuhi bangkai haiwan seperti burung kuang, kancil, rubah, angsa, burung hantu dan tupai. Dalam masa yang sama, saiz peti sejuk terus menjadikan dia gelisah.

“Rasanya saya perlu memikirkan ruang penyimpanan lain di dalam rumah untuk mengisi stok makanan,” tutur Boyt.

Walaupun perbuatannya itu bersifat eksentrik, Boyt sebenarnya memiliki ijazah dalam bidang sains biologi, yang membolehkan dia mengenal pasti bahagian daging bangkai haiwan yang masih baik untuk dimakan.[sumber]

*Cuak aku..bangkai pun sedap..selera pelik betul la..kih kih kih

3 Pengkritik Yang Cuak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...