ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 24 Mei 2012

Janin jadi habuan anjing doktor

Sekumpulan doktor memberi anjing peliharaan mereka makan janin bagi melindungi kegiatan pengguguran haram di bandar Beed, Maharashtra.

Media semalam melaporkan, kegiatan itu berlaku akibat kecenderungan pasangan tempatan yang mahukan anak lelaki berbanding perempuan.

Digelar sebagai penghapusan jantina, amalan itu dikaitkan dengan keputusan bancian yang menunjukkan hanya 801 bayi perempuan dilahirkan bagi setiap 1,000 bayi lelaki.Maharashtra adalah negeri kedua paling padat penduduk di India.

Menurut media, dengan memelihara anjing, doktor terbabit boleh menghapuskan janin berkenaan tanpa perlu membuangnya melalui saluran rasmi.

“Maksudnya, amalan pengguguran haram yang didorong kecenderungan pasangan memilih jantina anak mereka di India kini disembunyikan,” lapor media.

Pendedahan itu dibuat pegawai pertubuhan kebajikan yang menentang amalan itu, Lek Ladki Abhiyan, Varsha Deshpande.

Menurut Varsha, pertubuhan berkenaan menjalankan siasatan sulit selepas seorang doktor, Dr Sudam Munde, mengaku secara terbuka pada 2010, dia terbabit menggugurkan janin perempuan dan memberinya kepada lima anjing peliharaannya.[sumber]

*Cuak aku..gila punya doktor..

7 Pengkritik Yang Cuak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...