ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 21 Mei 2012

Buang ‘bola’ pada muka

Seorang lelaki China berjaya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan sebesar bola sepak dari mukanya, baru-baru ini.

Maklumat mengenai pembedahan itu yang dijalankan terhadap Chen Jianguo di Hospital Universiti Sun Yat-sen di Guangzhou bagaimanapun tidak banyak diperoleh.

Namun, dua gambar ini menunjukkan perubahan drastik pada penampilannya.Lelaki berusia 37 tahun itu dikatakan mengalami ketumbuhan kecil di kepalanya sejak 1995.

Kerana tidak mahu membebankan ibubapanya ketika itu, dia meninggalkan kampungnya di Liandu dan menetap di bandar Zhaoqing pada 1998.

“Saya memberitahu mereka bahawa mereka hanya perlu menjaga adik saya.“Mereka boleh melupakan bahawa mereka pernah melahirkan saya,” kata Chen kepada wartawan dalam video yang dimuat naikkan ke You Tube pada Mei tahun lalu.

Chen berkata, dia sudah pun bersedia menerima sebarang kemungkinan sebelum pembedahan itu dijalankan.“Saya bersedia menjalani pembedahan itu walaupun risiko kesilapan adalah besar.

“Jika berjaya, perkara pertama yang saya akan lakukan ialah pulang ke kampung. “Jika tidak, saya dengan senang hati mendermakan organ saya kepada orang yang memerlukan,” katanya.[sumber]
 
*Cuak aku..

3 Pengkritik Yang Cuak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...