ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 3 Mei 2012

Bob Kuman meninggal dunia

Pelakon Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi disahkan meninggal dunia di rumahnya di Apartmen Salvia, Seksyen 11 Kota Damansara, jam 4.38 petang ini.
Jenazah yang sedang disempurnakan - Gambar ehsan dari Mazidul Sidek
Menurut jirannya, Razali, buat masa ini jenazah allahyarham masih berada di rumah dan belum diputuskan tempat untuk dikebumikan.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau memberitahu keluarga terdekat allahyarham akan membuat keputusan itu apabila tiba di rumah nanti.

Jenazah dibawa ke Masjid Kota Damansara pada jam 6.30 petang ini untuk dimandikan.

Jenazah akan disolatkan selepas Isyak dan kemudiannya akan dibawa untuk dikebumikan di kampung allahyarham di Rantau, Negeri Sembilan.[sumber]

*Cuak aku..Al-Fatihah..

3 Pengkritik Yang Cuak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...