ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 25 Mei 2012

Bangunan seberat 6200 tan dipindah

Sebuah bangunan berusia 123 tahun dengan berat 6200 tan yang terletak berdekatan stesen kereta api di Zurich Oelikon, Switzerland berjaya dipindahkan sejauh 60 meter ke bahagian barat daripada kedudukan asalnya.
Usaha tersebut dilakukan bagi mengelakkan bangunan The Machine Factory Oerlikon itu diruntuhkan, untuk memberi ruang kepada kerja-kerja pelebaran antara landasan kereta api paling sibuk di negara tersebut. 

Kerja-kerja pemindahan itu dimulakan Selasa lalu, mengambil masa kira-kira 19 jam dengan menggunakan dua alat penekan hidraulik, 500 roda dan enam bahagian landasan kereta api bagi menolak bangunan tersebut ke kedudukan baru pada kelajuan sekitar tiga hingga lima meter setiap jam.[sumber]

*Cuak aku..bangunan ni ada roda bleh la nak pindah2..kih kih kih

3 Pengkritik Yang Cuak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...