ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 16 Mei 2012

Apabila lembu tunjuk punggung kepada Ambiga…

Penulis berasa teruja untuk membuka satu pautan artikel yang ditemui di Google semata-mata kerana tajuknya – Lembu tunjuk punggung depan rumah Ambiga…

Penulis berasa terkejut dan kurang percaya, tetapi masih mahu tahu kalau-kalau memang benar ada lembu beraksi songsang terhadap Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga.

Ini kerana baru-baru ini ada sekumpulan manusia beraksi songsang menjual burger di kawasan yang tidak biasa bagi aktiviti sebegitu dilakukan di situ.

Setelah membuka pautan berkenaan baru penulis tahu dan faham – apa yang dimaksudkan sebagai lembu ialah sekumpulan manusia yang mendakwa bekas askar, melakukan ‘senaman punggung’ (mungkin sejenis senaman baru yang hanya digemari segelintir manusia) di hadapan rumah Ambiga sebagai bantahan terhadap pemimpin Bersih itu.

Rupa-rupanya aksi songsang ini mendapat perhatian ramai komuniti online negara ini.  Tinjauan inimajalah.com mendapati ia menerima tumpuan ramai di pelbagai forum, blog dan laman sosial Facebook.

Bukan kerana ia sesuatu yang membanggakan, sebaliknya rata-rata majoriti komuniti online menganggap ia perbuatan songsang dan memualkan.

Seperti komen ringkas seorang pelawat blog arituarini.blogspot.com yang hanya dikenali sebagai Logorithm, ia adalah satu “tindakan bodoh yang kebudak-budakan…”.

Ternyata, perbuatan songsang terbaru ini adalah satu lagi babak ‘politik bodoh lawan politik cerdik’.[sumber]

*Cuak aku..masuk jugak link blog ni dalam harakah..terima kasih kepada  inimajalah.com..

4 Pengkritik Yang Cuak:

  1. waaa...bro popular lar...komen ringkas n terus menarik pujian..hehe

    BalasPadam
  2. haha..taknak amik port dalam politik ni .. :/

    BalasPadam
  3. kekadang tak faham perangai manusia cam ni. yg lg sedih ada lak sorang yg pakai kopiah putih.. betul-betul memalukan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...