ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 5 Mei 2012

Aktivis siswa ditahan kerana Facebook

Seorang aktivis mahasiswa ditahan polis ketika hadir bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkaitan status laman sosial Facebook yang dikatakan menyokong tindakan supaya anggota polis dibunuh.

Khalid Ismath, 22, ditahan sejurus sampai di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur ditemani ibu bapa, sanak saudara dan sekumpulan aktivis mahasiswa.

Khalid dalam Facebook sebelum ini menulis: "Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan."

Status itu dipercayai berkaitan dengan layanan polis semasa perhimpunan BERSIH 3.0 genap seminggu lalu.

Menurut bapanya Ismath Mohd Habib, polis yang datang ke rumahnya di Klang semalam tidak menyatakan hasrat menahan Khalid.

Beliau juga tidak nampak alasan untuk pihak berkuasa berbuat demikian kerana berpendapat anaknya bukan penjenayah atau "mat rempit".

Pada jam 11.30 pagi tadi, beliau dipindahkan ke ibu pejabat polis daerah Cheras untuk siasatan lanjut.[sumber]

*Cuak aku..kesilapannya sebab menentang sebelah pihak yang berkuasa..kih kih kih

1 Pengkritik Yang Cuak:

  1. padan la muka! kurang ajar sangat.. cuba bayangkan kalau biarkan seminggu polis bercuti atau takde polis kat malaysia ni.. hari2 beribu rumah kena rompak, orang kena bunuh, orang kena rogol.. mcm2 jenayah.. kita nak berjalan pun takut ... bersyukur la sket duk malaysia nie.. ikut hati deno ni, org kurang ajar mesti diajar!!!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...