ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 6 Julai 2012

Pelajar sewa helikopter ke sekolah

Hanya kerana tidak mahu ketinggalan hadir dalam parti akhir tahun sekolah mereka, dua sahabat menyewa sebuah helikopter apabila rancangan awal menggunakan limosin tidak berjaya.

Pada awalnya, Chloe Webb dan Lauren Huggett mahu menyewa sebuah limosin untuk ke sekolah yang terletak hanya kira-kira 13 kilometer dari rumah mereka.

Bagaimanapun, rancangan itu tidak kesampaian apabila didapati semua limosin sewa di Gloucestershire habis ditempah.

Kekecewaan dua sahabat berusia 16 tahun itu ternyata tidak kekal lama apabila bapa Lauren, Jason Huggett, tampil membantu dengan menyewa sebuah helikopter untuk mereka.

Untuk mendapatkan perkhidmatan itu, Huggett dikenakan bayaran 500 (RM2,465).

Justeru, kehadiran Chloe dan Lauren ke parti sekolah mereka di Whitminster Inn ternyata mengejutkan semua pihak yang hadir di situ. 

Dua sahabat itu menaiki helikopter dua enjin Robinson R44 dari padang permainan di Cashes Green, Stroud, sebelum dibawa terbang kira-kira setengah jam ke tempat parti berkenaan dilangsungkan. Kata Chloe, ia adalah pengalaman yang hebat dan menyeronokkan. 

Sementara itu, media melaporkan, parti akhir tahun serba meriah yang biasanya diadakan di Amerika Syarikat seperti banyak dipaparkan dalam siri High School Musical kini semakin banyak diadakan di Britain. 

Ibu bapa sering dipujuk untuk membelanjakan wang yang banyak bagi membiayai kos menyiapkan pakaian, dandanan rambut serta pelbagai aksesori lain.[sumber]

*Cuak aku..mak bapak yang demam.. kih kih kih

3 Pengkritik Yang Cuak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...