ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 26 Julai 2012

Dera bayi hingga pecah usus

“Saya tidak akan memaafkannya dan tidak sesekali menerimanya semula,” kata Norhidayah Ahmad, 22, ibu kepada bayi berusia lapan bulan yang disahkan doktor pecah usus dipercayai akibat didera teman lelaki ibu kandungnya itu.

Norhidayah yang juga ibu tunggal berkata, dia tidak menyangka teman lelakinya berusia 19 tahun itu sanggup mendera Mohamad Adam Mikhail Abdullah kerana kekasihnya itu sangat menyayangi anaknya.

“Selepas apa yang berlaku, dia tidak boleh terlepas daripada perbuatannya. 

Saya mahu dia rasa azab yang Adam rasa,” katanya yang ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.

Norhidayah berkata, dia hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena terhadap Adam apabila anaknya itu kelihatan tidak bermaya dan muntah-muntah ketika dia pulang dari tempat kerja, awal pagi kelmarin.

Sebelum itu, Norhidayah meninggalkan Adam kepada suspek ketika keluar bekerja di tapak ekspo di hadapan Terminal Makmur, di sini, jam 8 malam Isnin lalu dan pulang semula ke bilik sewa pada jam 3 pagi kelmarin.[sumber]

*Cuak aku..tak de otak punya pakwe..

3 Pengkritik Yang Cuak:

  1. tu bkn pakwe da..tu layak d panggil hantu!

    BalasPadam
  2. macam mana la dia boleh tinggal budak tu dengan bf dia..ishhkk.. budak umur 19 ni bukan tau apa.. tau nak main je..bagi budak jaga lama2...

    BalasPadam
  3. bf umur 19 di suruh jg bdak? hah 2la pndai..anak yang menderita..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...