ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 9 November 2012

Video Gangnam gaya Arab Saudi

Sebuah video yang baru dimuat naik ke YouTube menunjukkan enam lelaki Arab Saudi meniru tarian Gangnam Style, lagu popular oleh penyanyi Korea, Psy.

Dalam hanya beberapa hari, versi Arab Saudi ini berjaya menarik perhatian tiga juta penonton, memaparkan jenaka terbaru Arab Saudi melalui lagu Gangnam Style itu.

Video itu dirakam di jalan di Riyadh di mana mereka menari dengan tidak memakai pakaian tradisional Arab Saudi.

Kumpulan lelaki itu menari dan menunjukkan trend lelaki Arab Saudi yang tidak lagi mengenakan jubah dan melakukan kerja biasa, melepasi rumah sahabat atau menghantar anak ke sekolah, seperti memberitahu keselesaan mereka secara terang-terangan.

Mereka juga sengaja meletakkan tin minuman lemon di tempat asing, menambahkan lagi jenaka kepada sesiapa yang faham dengan perbuatan itu.

Namun begitu, satu babak menarik perhatian penonton, iaitu menurut komen di video itu, adalah “Hospital Irqa” juga dikenali sebagai hospital berhantu di Riyadh.[metro]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...