ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 7 November 2012

Obama menang, kekal Presiden AS

Presiden Barack Obama berjaya mempertahankan jawatannya buat penggal kedua dengan memperoleh 281 undi pemilih - lebih 11 undi minimum yang diperlukan.

Obama yang dilihat ketinggalan di awal proses pengiraan undi, yang bermula sekitar jam 7 pagi tadi waktu Malaysia, melepasi garisan minimum 270 undi yang diperlukan kira-kira 12.20 tengah hari. 

Kedudukan itu meningkat kepada 281 kira-kira 20 minit kemudian dan dijangka mencecah paras 300 kerana ada negeri yang belum diketuai keputusan rasmi.

Pemilihan ini dilihat sebagai paling sengit dalam sejarah AS walaupun Obama menang dengan selesa empat tahun lalu dan muncul sebagai pemimpin kulit hitam pertama memenangi jawatan presiden pada 2008. 

Selain isu panas dan tiga debat nasional yang sengit, kedua-dua calon - Obama dan Mitt Romney, juga dilaporkan membelanjakan hampir RM6 bilion kali ini.

Di peringkat awal pengiraan undi, Romney yang mula dengan 'bergaya' dan mendahului Obama beberapa kali sepanjang lima jam yang lalu, memperoleh 203 undi pemilih.[sinar]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...