ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 2 November 2012

Ibu tikam dua anak 150 kali halau 'iblis'

Seorang wanita berusia 40 tahun menikam anak lelakinya 100 kali manakala anak perempuan pula 50 kali atas alasan untuk menghalau "iblis" dalam diri kedua-dua kanak-kanak itu.

Elzbieta Plackowska dibawa ke mahkamah semalam dan dikenakan bon.Pendakwa raya DuPae County, Robert Berlin berkata, "dia memberitahu bahawa dalam diri anak-anaknya ada iblis dan dia cuba mengeluarkan iblis keluar dari badan mereka."

Laporan nbcnews.com memetik polis berkata, Plackowska dengan kejam menikam anak lelakinya, Justin 100 kali dan Olivia Dworakowski 50 kali.

Ketika kejadian, yang berlaku Selasa lalu, wanita itu menjaga kedua-dua kanak-kanak berkenaan di rumah mereka yang terletak di Naperville, kira-kira 50 kilometer ke barat Chicago.

Dia didakwa meminta kedua-dua kanak-kanak itu melutut dan berdoa sebelum menikam mereka, lapor nbcchicago.com.

Malah, dia juga didakwa memberitahu anak lelakinya bahawa dia akan pergi ke syurga.Menurut pendakwa raya, leher kedua-dua kanak-kanak itu dikelar.

Selepas membunuh, Plackowska telah pergi ke gereja di Naperville tetapi apabila mendapati ia tutup, dia meninggalkan mesej mengatakan telah melakukan sesuatu yang buruk dan memerlukan bantuan.

Dia kemudian telah pergi ke rumah kawannya, di mana anak lelaki sulung tinggal dan memberitahu mereka dia telah dirompak.

Tribune melaporkan bahawa Plackowska memberitahu polis kononnya rumah dia telah dipecah masuk dan penjenayah terbabit melakukan pembunuhan itu.

Kemudian, menurut laporan nbcchicago.com, wanita itu memaklumkan polis bahawa dia menikam anak lelakinya untuk menyinggung suaminya yang tidak menghargai dia.

Plackowska juga berkata bahawa dia membunuh anak perempuan dan dua ekor anjingnya kerana menyaksikan pembunuhan.[sinar]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...