ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 1 November 2012

Unik! Orkestra guna ombak

Kita mungkin biasa menyaksikan persembahan orkestra melibatkan sejumlah pemuzik yang memainkan pelbagai jenis instrumen muzik.
 
Namun, seorang komposer muzik, Dr. Alexis Kirke ingin mencuba kelainan dengan mengetuai orkestra menggunakan 'pemuzik' yang dihasilkan daripada air.

Dalam satu eksperimen yang diadakan di sebuah kolam renang di Universiti Plymouth di sini, Kirke dengan bantuan alat pengesan gerak cuba mengawal pergerakan air bagi menghasilkan melodi.

Kirke, 42, menggunakan kedua-dua belah tangannya untuk menggerakkan alat pengesan tersebut, semakin banyak pergerakan yang dilakukan, semakin kuat pelbagai alunan melodi yang dihasilkan.

Alat pengesan gerak yang terdiri daripada 24 pendayung gergasi itu membolehkan Kirke mengawal saiz ombak yang dihasilkan.

Setiap ombak yang dihasilkan akan diukur sebelum menghantar isyarat elektronik bagi menghasilkan melodi yang hampir serupa dengan bunyi ikan paus.

Eksperimen selama 12 minit tersebut disaksikan beratus-ratus pelajar di universiti terbabit dan Kirke menamakan percubaannya itu sebagai 'Persembahan Orkestra Ombak'.

Selain itu, kolam tersebut turut diletakkan pelampung khas yang boleh menghasilkan bunyi seperti loceng ketika ombak dihasilkan.[utusan]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...