Beberapa ahli geologi Poland berjaya menemui meteorit seberat 300
kilogram (kg) yang tertanam sedalam dua meter di kawasan Rizab Meteorit
Morasko, di bandar Poznan, barat Poland.
Meteorit itu adalah yang terbesar pernah ditemui di rantau Eropah
Timur. Penemuannya diharap dapat memberi petunjuk baharu mengenai
komposisi teras Bumi.
"Kita tahu bahawa teras Bumi terdiri daripada besi, tetapi kita tidak
boleh mengkajinya. Di sini kita mempunyai meteorit dari angkasa lepas
yang memiliki struktur hampir sama dengan teras bumi dan kita boleh
mengkajinya," kata seorang pakar geologi, Professor Andrzej Muszynski
kelmarin.
Meteorit selebar dua meter dan berbentuk kon itu ditemui oleh dua orang pemburu meteorit lewat bulan lalu.Seorang ahli geologi Universiti Adam Mickiewicz yang mengkaji
meteorit itu percaya ia terhempas ke Bumi sekitar 5,000 tahun dahulu.Meteorit merupakan objek yang berasal dari angkasa lepas.[kosmo]