ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 6 November 2012

Menteri wanita ada 8 kekasih

Menteri kehakiman wanita pertama Perancis berpacaran dengan lapan teman lelaki ketika dia melahirkan anak luar nikah, dakwa satu laporan semalam.

Pendedahan mengenai kisah cinta Rachida Dati yang luar biasa itu timbul ekoran pertelingkahan mengenai siapakah bapa kepada anak perempuan wanita berusia 47 tahun itu. 

Ahli perniagaan dan jutawan, Dominique Desseigne, 68, enggan menjalani ujian DNA selepas dituduh sebagai bapa kepada kanak-kanak perempuan itu. Rachida sudah ke mahkamah untuk cuba membuatkan Desseigne mengakui bahawa dia bapa kepada Zohra, kini berusia tiga tahun hasil hubungan asmara mereka pada 2008. 

Namun, Desseigne memberitahu majalah Le Mode, hujung minggu lalu bahawa dia adalah seorang daripada ramai lelaki yang menjalin hubungan dengan Rachida. Dia juga tidak tahu jika dia bapa kepada Zohra. 

Tambahan pula, peguamnya menyarankan dalam bukti bertulis bahawa Rachida terbabit dengan lapan hubungan pada ketika itu. Mereka termasuk hos televisyen, menteri, ketua eksekutif pejabat, Perdana Menteri Sepanyol, adik lelaki kepada Nicolas Sarkozy, Peguam Negara Qatar dan pewaris empayar barangan mewah, lapor majalah itu.

Desseigne kini menolak permohonan Rachida yang dibuat di mahkamah Versailles dekat Paris agar menjalani ujian itu.

Menurut undang-undang Perancis, sesiapa yang diminta menjalani ujian itu boleh menolaknya walaupun Rachida dikatakan mempunyai bukti, termasuk kenyataan bersumpah daripada kakitangannya bahawa Desseigne melawat ‘anak mereka’ secara tetap sejurus selepas dia dilahirkan.

Mereka yang disyaki bapa kepada Zohra pada masa lalu, termasuk sebilangan tokoh masyarakat daripada Perdana Menteri Sepanyol, Jose Maria Anzar hingga kepada bekas Perdana Menteri Perancis, Nicolas Sarkozy. 

Rachida yang terkenal sebagai individu yang suka menonjolkan diri menggalakkan spekulasi dalam sebilangan wawancara di majalah seperti Paris Match di mana dia turut muncul dalam sesi fotografi yang glamor.

Pendedahan terbaru itu akan meningkatkan reputasi ahli politik Perancis dan tokoh masyarakat lain sebagai kaki perempuan yang tidak pernah berhenti menjalin hubungan seks secara haram. 

Bulan lalu, wanita pertama Perancis sekarang, Valerie Trierweiler didakwa pernah menjadi perempuan simpanan kepada bakal Presiden Parti Sosialis, Francois Hollande dan Menteri Parti Konservatif, Patrick Devedjiana.

Ketiga-tiganya termasuk Valerie telah berkahwin atau mempunyai hubungan jangka panjang dengan orang lain pada waktu itu.

Rachida yang berasal daripada keluarga pendatang dari Afrika Utara dan pernah gagal dalam perkahwinannya menjalani kehidupan sebagai wanita solo sejak berusia awal 20-an. 

Dia menjadi bintang dalam ‘kabinet pelangi’ Sarkozy yang terdiri daripada pelbagai etnik pada 2007 dalam usaha membabitkan golongan minoriti dalam kerajaan, tetapi dipecat pada 2009 kerana didakwa tidak layak memikul tugas diberikan.[metro]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...