ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Rangka manusia paling kejam

Rangka penjenayah yang paling kejam di Australia akan dikembalikan kepada keluarganya selepas 132 tahun dia dihukum mati.
Pegawai kerajaan negeri Victoria semalam berkata, rangka penjenayah itu, Ned Kelly akan diberikan kepada waris keturunannya.

Kelly mengetuai sekumpulan perompak bank di Victoria pada abad ke-19 dan dia telah dihukum gantung pada tahun 1880.

Lokasi mayatnya tidak diketahui sejak beberapa dekad lalu namun tengkoraknya dilaporkan hilang dicuri.Namun, pada tahun lepas beberapa saintis forensik mengenal pasti rangka itu milik Kelly selepas ia ditemui di dalam sebuah kubur besar di sebuah penjara yang telah ditutup pada 1929.

Waris-waris keturunan Kelly mahu rangka itu dikembalikan kepada mereka supaya satu upacara pengebumian yang teratur boleh dilakukan.[sumber]

2 Pengkritik Yang Cuak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...