Ketika Annie Egginton meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-59 baru-baru ini, dia terkejut mendapat ‘hadiah’ luar biasa berbentuk telur ayam yang sangat besar, lapor media semalam.
Memelihara ayam betina berusia setahun, Annie dan suaminya, Steve Egginton, bagaikan tidak percaya apabila melihat telur seberat 170 gram berbanding telur biasa 57 gram.
Menetap di Chew Magna, Somerset, pasangan suami isteri itu mendapat kejutan istimewa pada hari pembukaan Sukan Olimpik 2012 baru-baru ini.
Menurut Egginton, 60, dia tidak pernah melihat telur sebesar itu walaupun mula memelihara ayam lebih tiga dekad lalu.
Ketika ini, mereka memelihara tiga ayam bernama Jessica, Doris dan Henryetta untuk membekalkan telur bagi kegunaan harian.
Walaupun mempunyai keistimewaan begitu, Egginton tidak bercadang menyimpan telur dihasilkan Jessica itu, sebaliknya ia dijadikan hidangan sarapan. “Ia sangat lazat dan mengenyangkan,” katanya.[sumber]
*Cuak aku..anak ayam kembar dalam tu kot..kih kih kih
Kahkahkah, dah jadi sarapan lah..ingat antar p muzium
BalasPadamtelur ayam ke dinoso ni.. huhu
BalasPadam