ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 5 Ogos 2012

Pengilat kuku paling mahal di dunia

Sebuah syarikat barangan kemas mewah, Azature memperkenalkan pengilat kuku paling mahal di dunia yang bernilai AS$250,000 (RM77,500).
Azature hanya akan menghasilkan satu botol sahaja edisi terhad itu yang mengandungi 267 karat berlian hitam.

Bagaimanapun, syarikat itu akan menghasilkan versi botol 15 mililiter yang hanya mempunyai satu butir berlian hitam pada hujung bulan ini.

Ia akan dijual dengan harga yang lebih munasabah iaitu sebanyak AS$25 (RM77.50).Kedai Fred Segal di seluruh Los Angeles telah dipilih untuk menjual pengilat kuku tersebut.

Versi bajet tersebut boleh didapati dalam warna hitam berkilat.Pemilik syarikat itu, Azature dalam satu kenyataan berkata, berlian hitam adalah 'permata terbaik'.[sumber]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...