ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 1 Ogos 2012

Rancangan TV ada sijil halal

Rancangan televisyen Indonesia akan dicap dengan tanda dagang Halal Majlis Ulema Indonesia (MUI) di bawah satu rancangan yang ketika ini dibincangkan antara MUI dan Suruhanjaya Penyiaran Jawa Barat. 

Kedua-dua organisasi itu bertemu untuk membincangkan kemungkinan melaksanakan satu tanda halal bagi rancangan televisyen (TV) ‘sopan’ yang tidak memaparkan tema atau imej yang ‘melanggar norma.’

“Undang-undang Penyiaran menyatakan kandungan penyiaran seharusnya menghormati nilai agama”.- Neneng Athiatul, Ketua Suruhanjaya Penyiaran Jawa Barat

Pensijilan itu akan memastikan penonton televisyen dilindungi daripada program yang mungkin merendahkan moral negara, kata Ketua Suruhanjaya Penyiaran Jawa Barat, Neneng Athiatul.

“Undang-undang Penyiaran menyatakan bahawa kandungan penyiaran seharusnya menghormati nilai agama. Berikutan itu, kami fikir satu pensijilan halal adalah perlu,” kata Neneng kepada agensi berita Antara.

Ia satu usaha berterusan oleh pihak berkuasa Indonesia untuk mengawal selia moral dalam media massa dan kehidupan seharian.[sumber]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...