Seorang wanita dan anak perempuannya menjadi perbualan hangat penduduk selepas memulangkan dua juta baht (RM198,000) yang silap dikreditkan ke dalam akaun mereka. Penduduk, termasuk seorang pegawai bank berkata, mereka bodoh kerana bertindak jujur.
Thanaporn Chamnipong dan anak perempuannya, Yuvadee Chamnipong menghubungi Bangkok Bank dan memulangkan wang itu selepas ia berada dalam akaun Thanaporn secara misteri.
Menurut laporan, dua wanita itu bukan saja dikritik jiran tetangga kerana bertindak ‘bodoh’ memulangkan wang itu, tetapi turut dikecam oleh pegawai bank berkenaan yang menuduh mereka mencemarkan kredibiliti bank terbabit.
Thanaporn berkata, mereka tidak kecewa kerana tidak dapat menyimpan wang itu walaupun keluarga mereka mempunyai hutang.
Mereka gembira dapat melakukan kebaikan kerana menyimpang wang yang bukan milik mereka adalah salah.
Bagaimanapun, terdapat berita baik apabila Inspektor Jeneral Kementerian Dalam Negeri dan bekas gabenor Nakhon Nayok, Suthipong Chulacharoen memberi ganjaran 20,000 baht (RM2,000) kepada dua wanita itu sebagai menghargai kejujuran mereka.[sumber]
*Cuak aku..kenapa bank tu ada pegawai yang bodoh..
yg ckp2 tu dengki sbnr nyer
BalasPadam