ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 8 Ogos 2012

Bolt ingin beraksi bersama Man. Utd

Manusia terpantas di dunia, Usain Bolt mendedahkan dia mahu menyertai kelab bola sepak England, Manchester United.

Pelari pecut Jamaica itu yang baru sahaja meleburkan rekod 10 meter Olimpik dengan catatan masa 9.63 saat kelmarin dilaporkan mahu diberikan peluang oleh pengurus United, Alex Ferguson bagi menjalani ujian pemilihan.

"Mungkin ramai yang beranggapan saya cuma bergurau. Tetapi jika Ferguson menghubungi saya untuk menjalani ujian bersama kelabnya, sudah tentu sukar untuk saya menolak," kata Bolt.

Bolt berkata demikian kepada pemberita selepas ditanya mengenai cabaran baharu yang diingininya selepas ini.

Hubungan baik antara Bolt dan Ferguson bermula apabila pelari itu menyertai larian amal di Manchester pada 2009.

Bolt, 25, yang bakal mempertahankan pingat emas 200m temasya Olimpik memberitahu, dia optimis menjadi pemain yang paling pantas dalam skuad United.

"Saya tidak menyahut cabaran jika saya rasa saya tidak cukup bagus. Saya yakin mampu bermain bola sepak dengan baik memandangkan saya lebih pantas daripada Wayne Rooney.

"Saya masih berada di London dalam masa beberapa hari dan jika Ferguson berminat, beliau tahu di mana mahu mencari saya," katanya.[sumber]

*Cuak aku..kih kih kih..

3 Pengkritik Yang Cuak:

  1. bior betul bolt ni.. tapi kalau dia main tuk manchester.. mmg satu fenomena ni

    BalasPadam
  2. baik dia join kelantan dulu hehehe

    p/s jemput empunya blog ni utk join GA sy ;-)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...